PICTURE OF THE WEEK - MONDAY 12MEI 2008

Written by admin on May 14th, 2008

Seorang yang serba boleh dalam aktiviti sukan catur.Seorang pemain catur yang baik dan boleh juga menjadi arbiter sukan catur. Dilantik juga sebagai webmaster stonemaster.biz. Banyak memberi pendapat dan cadangan yang baik untuk menaikkan nama laman web stonemaster.biz.


Nurul Farah Omar (20 tahun) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 2 bulan latihan catur peribadi bersama En. Mohd Fadli bin Zakaria ke Kejohanan Catur Universiti Dunia (GACC) yang diadakan pada bulan Disember 2007 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pencapaian dan peningkatan sukan catur yang sungguh membanggakan apabila menjadi pemain terbaik wanita UPSI di Kejohanan GACC itu dengan menduduki tempat ke-4 di kalangan pemain Malaysia dan tempat ke-15 keseluruhannya dan juga menduduki 2 tempat teratas pemain terbaik Malaysia bawah 20 tahun di kejohanan itu. Dengan kejayaan itu beliau telah dipilih mewakili negara kategori bawah 20 tahun menentang Singapura di minggu berikutnya.


Gambar kenangan Nurul Farah Omar bersama para pemenang kejohanan catur terbuka blindfold yang diadakan pada bulan Disember 2007 di Stadium Tenis, Jalan Duta Kuala Lumpur. Beliau telah menjadi arbiter bagi kejohanan ini.

More: continued here

Leave a Reply