Profil Muhd Irfan Haqqim -'Jutawan' muda dari daerah Kuala Langat
Written by admin on May 20th, 2008
Adik Muhd Irfan Haqqim - Juara Kejohanan Sukan Catur Stonemaster Amatur (MINI) ke-4 yang telah diadakan pada 19 April lepas di Kafeteria Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Beliau telah mencatatkan keputusan yang membanggakan iaitu 5.5/6 mata, menewaskan beberapa pemain yang lebih dewasa dan telah membawa pulang hadiah juara 1/2 JUTA Rupiah (IDR).TAHNIAH!!! Klik SINI untuk laporan bergambar.
PROFIL
Muhd Irfan Haqqim telah dilahirkan pada 1hb Disember 1997 di Hospital Mentakab, Pahang. Kini beliau sedang menuntut di Tahun 5 SK Jenjarom, Kuala Langat. Cita-cita adik Irfan ialah ingin menjadi seorang juruterbang manakala hobinya pula ialah bermain catur.
Sukan catur adalah tidak asing lagi bagi beliau yang dilahirkan di dalam ‘keluarga catur’ Azhar Mohd Said. Pelbagai kejayaan telah beliau perolehi sepanjang penglibatan beliau memasuki pertandingan catur sama ada di peringkat sekolah/daerah/kategori mahupun kejuaraan sukan catur terbuka. Berikut adalah antara pencapaian terbaik beliau (Johan):
1. TERBAIK - Melayu Terbuka 2007 Bawah 12 Tahun (17-18/2/2007)
2. JOHAN - Berpasukan MSSD Kuala Langat Bawah 12 Tahun (11/4/2007)
3. JOHAN - Jemputan WESTPORTS Bawah 18 Tahun (14/4/2007)
4. JOHAN - Terbuka Kelab Shah Alam Selangor Bawah 12 Tahun (19/5/2007)
5. JOHAN - Terbuka Klang Parade Bawah 12 Tahun (23/6/2007)
6. JOHAN - Berpasukan Royal S’gor Grand Prix Bawah 12 Tahun (14-15/7/2007)
7. JOHAN - Johor Open Bawah 12 Tahun (21/7/2007)
8. JOHAN - Terbuka Royal Selangor Club Bawah 11 Tahun (12/8/2007)
9. JOHAN - Berpasukan Malaysia 1st ASEAN+ Youth Bawah 12 Tahun (1-7/12/2007)
10. JOHAN - Terbuka Gerak Khas MELAKA Bawah 12 Tahun (22/12/2007)
11. JOHAN - Terbuka Johor Bahru Chessmaster Bawah 12 Tahun (23/12/2007)
12. JOHAN - Terbuka Rakan Muda Kuala Selangor Bawah 12 Tahun (25/12/2007)
13. JOHAN - Perseorangan Lelaki MSSD Kuala Langat 2008
14. JOHAN - Berpasukan Lelaki MSSD Kuala Langat 2008
15. JOHAN - Berpasukan Sekolah Rendah Perpustakaan Kuala Langat
16. JOHAN - Stonemaster Mini Amatur 2008 (Rating Below 1600 )
Nota: Beliau akan mewakili negara ke Asean Age Group Chess Championship di Danang, Vietnam (9 Jun - 18 Jun 2008)

Semoga Adik Muhd Irfan Haqqim akan terus maju dan berjaya mencapai cita-citanya.
