PASUKAN CATUR UIAM BUAT KEJUTAN DI MASUM

Written by admin on May 27th, 2008


Gambar kenangan - Pasukan Catur UIAM dan Coach Fadli.

Pasukan Catur UIAM cipta sejarah di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu.
1 butir pingat perak (kategori lelaki) dan 1 butir pingat gangsa (kategori wanita) berjaya diperolehi. Belum pernah pasukan catur UIAM berjaya memperolehi pingat di MASUM.

Kini boleh dianggap bahawa pasukan catur UIAM adalah pasukan catur universiti yang paling menyerlah,paling cepat peningkatan prestasi permainan dan paling “glamour” antara kesemua universiti di Malaysia bagi tahun 2008.

Sejak awal tahun ini, beribu-ribu ringgit telah dilaburkan oleh Unit Sukan dan Rekreasi UIAM seperti melantik jurulatih catur kebangsaan yang handal seperti Coach SM dan juga menghantar pasukan catur UIAM ke kejohanan catur di seluruh pelusuk tanahair.

Inilah hasilnya. Satu rekod keputusan yang sungguh membanggakan dalam masa hanya 5 bulan sahaja. Memang tidak dinafikan lagi bahawa Coach SM terkenal dengan cara menghasilkan keputusan yang ajaib dan luar biasa kepada peningkatan dan keputusan catur anak murid beliau dalam masa YANG SINGKAT.

Sekali lagi tahniah !!!!!

More: continued here

Leave a Reply